COBER PIC

COBER PIC

JUMLAH PENGUNJUNG MEE REBUS ADAM ISMAIL

Tuesday, 11 March 2014

DOA UNTUK MH370



MEEREBUS ADAM ISMAIL menagajk semua pelanggan dan pembaca blog ini untuk sama-sama terus berdoa agar misteri kehilang MH370 akan terjawab dengan segera. Walau apa jua keadaannya, kami berharap agar pesawat ini dapat di temui dengan kadar segera. Moga kita tidak berputus asa.
Takziah dan semoga keluarga mereka  bersabar dengan musibah ini. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang SABAR

Tuesday, 28 January 2014

WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR MASTERCHEF

tadi mee rebus adam berkesempatan meenikmati hidangan di restoran Wangsa Grill by Chef Zubir yang terletak di Wangsa Melawati. Makanannya sedap2..dan harga pun boley tahan la..
boleh juga check di link ini wangsa grill

memang besh makanannya...tapi bajet mesti ada seratus ke atas untuk 2 org makan...heheh kalo sowang tu boleh la standby 60 70 hengget dalam poket tu..
sila menjamu mata yer dengan gambar2..sori terlupa nama2 hidangan dalam gambar tu.



caifornia strawberry dgn cappucino dalam rm 6 ke 7

 italian ....? 

 beef lasagna

 set lover --> kombinasi steak dagung..ayam..kambing  dan lain2 yg dalam tu

 set burger

 bananan split sebagai desert




Friday, 10 January 2014

MURTABAK SINGAPORE

Assalam dan selamat pagi pelanggan2 dan pembaca semua..

Hari ni nak share sikit tentang Murtabak Singapura....apa bezanya dengan murtaba kita di Malaysia.
Mungkin ada pelanggan atau pembaca dah pernah makan murtabak ini..mungkin juga ada sedikit berbeza dengan apa yang mee rebus dah makan dan rasa..

Mee rebus makan murtabak ni di Arab Street sewaktu singgah untuk Jamak Solat di situ sebelum bergerak balik ke Malaysia. kedainya berhadapan dengan masjid. so tak susaha..ramai yg suggest makan kat sini so mee rebus pun cuba.

Murtabak ni ada 3 saiz kecil. sedang dan besar..mee rebu ambil yang sedang..perghhh boleh tahan juga besarnya..tak habis pun dan bakinya mee rebus bungkus buat makan dalam bas.

Rasanya sedap mungkin yang membezakannya ialah isi..murtabak ni isinya betul2 ayam dan telur...takde bawang mcm murtabak di Malaysia. tapi sedap..sesiapa yang akan ke Singapura bolehlah cuba makan murtabak nih.

Thursday, 9 January 2014

MUZIUM PERAK

Muzium Perak terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Mee Rebus Adam Ismail biasa memanggil Muzium Taiping saja. Apa yang menariknya, abah Mee Rebus Adam Ismail merupaka pesara Muzium Perak ini. Wow..bestkan sebabmyer masa Mee Rebus Adam Ismail kanak-kanak dulu..selain daripada di Gerai Mee Rebus Adam Ismail, disini lah merupakan tempat kedua Mee Rebus melepak waktu cuti-cuti sekolah.

 Sedikit Info tentang Mueum Perak yang boleh dikongsikan disini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perak
dan
http://www.mptaiping.gov.my/muzium-perak

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883

JUDI HUJAN DIBANDAR TAIPING

Suatu masa dulu ketika Mee Rebus Adam Ismail masih kanak-kanak. Mee Rebus selalu mengikut ibu dan abah mee rebus meniaga di gerai. nak tahu tak apa yang menarik di bandar Taiping suatu ketika dulu? rasanya fenomena ini sudah jarang dilihat di bandar taiping. kalau ada pun kebetulan sahaja.
Suatu ketika dulu di bandar Taiping ini amat terkenal dengan JUDI HUJAN. tahu tak macam mana judi hujan tu?
Oleh kerana Taiping memang terkenal dengan tempat tadahan hujan paling banyak maka kalau sehari tak hujan.tak sah..Mee rebus adam ismail sendiri pun akan gelisah jika cuaca di Taiping panas dan tidak hujan..rasa tidak betah.
Jadi apa kaitan hujan tu dengan judi?. Dulu jika kita lihat di tepi2 kedai disekitar bandar Taiping, kita akan dapat ramai orang terutamanya golongan cina yang bersantai di teoi2 pinggir kaki lima kedai sambil mendongak melihat langit. Itu lah..mereka sedang meneka adakah hujan akan turun pada masa itu. berbagai ganjaran sama ada wang atau benda yang dipertaruhkan.
Suasa nin lah menjadi satu kelainan dibandar Taiping. Walaupun ketika ini aktiviti ini sudah berkurangan..namun satu masa dahulu ia seakan satu fenomen di bandar TAIPING INI.

BANDAR TAIPING

Mee Rebus Adam Ismail ingin berkongsi cerita tentang Bandar Taiping. adakah Pelanggan-Pelangan Mee Rebus Adam Ismail apakah nama asal Bandar Taiping dan apakah maksud TAIPING itu sendiri.

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut

Untuk makluman lanjut, para pelanggan boleh klik disini BANDAR TAIPING