COBER PIC

COBER PIC

JUMLAH PENGUNJUNG MEE REBUS ADAM ISMAIL

Thursday 9 January 2014

MUZIUM PERAK

Muzium Perak terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Mee Rebus Adam Ismail biasa memanggil Muzium Taiping saja. Apa yang menariknya, abah Mee Rebus Adam Ismail merupaka pesara Muzium Perak ini. Wow..bestkan sebabmyer masa Mee Rebus Adam Ismail kanak-kanak dulu..selain daripada di Gerai Mee Rebus Adam Ismail, disini lah merupakan tempat kedua Mee Rebus melepak waktu cuti-cuti sekolah.

 Sedikit Info tentang Mueum Perak yang boleh dikongsikan disini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perak
dan
http://www.mptaiping.gov.my/muzium-perak

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883
yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca. 

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

  • Tandas Awam
  • Tempat Letak Kereta
  • Kaunter Penerangan
  • Perpustakaan Mini
  • Pondok Telefon
Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057
http://www.museumperak.gov.my

Tahukah Anda?
Muzium Perak mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment