COBER PIC

COBER PIC

JUMLAH PENGUNJUNG MEE REBUS ADAM ISMAIL

Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

MUZIUM PERAK

Muzium Perak terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Mee Rebus Adam Ismail biasa memanggil Muzium Taiping saja. Apa yang menariknya, abah Mee Rebus Adam Ismail merupaka pesara Muzium Perak ini. Wow..bestkan sebabmyer masa Mee Rebus Adam Ismail kanak-kanak dulu..selain daripada di Gerai Mee Rebus Adam Ismail, disini lah merupakan tempat kedua Mee Rebus melepak waktu cuti-cuti sekolah.

 Sedikit Info tentang Mueum Perak yang boleh dikongsikan disini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perak
dan
http://www.mptaiping.gov.my/muzium-perak

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883

JUDI HUJAN DIBANDAR TAIPING

Suatu masa dulu ketika Mee Rebus Adam Ismail masih kanak-kanak. Mee Rebus selalu mengikut ibu dan abah mee rebus meniaga di gerai. nak tahu tak apa yang menarik di bandar Taiping suatu ketika dulu? rasanya fenomena ini sudah jarang dilihat di bandar taiping. kalau ada pun kebetulan sahaja.
Suatu ketika dulu di bandar Taiping ini amat terkenal dengan JUDI HUJAN. tahu tak macam mana judi hujan tu?
Oleh kerana Taiping memang terkenal dengan tempat tadahan hujan paling banyak maka kalau sehari tak hujan.tak sah..Mee rebus adam ismail sendiri pun akan gelisah jika cuaca di Taiping panas dan tidak hujan..rasa tidak betah.
Jadi apa kaitan hujan tu dengan judi?. Dulu jika kita lihat di tepi2 kedai disekitar bandar Taiping, kita akan dapat ramai orang terutamanya golongan cina yang bersantai di teoi2 pinggir kaki lima kedai sambil mendongak melihat langit. Itu lah..mereka sedang meneka adakah hujan akan turun pada masa itu. berbagai ganjaran sama ada wang atau benda yang dipertaruhkan.
Suasa nin lah menjadi satu kelainan dibandar Taiping. Walaupun ketika ini aktiviti ini sudah berkurangan..namun satu masa dahulu ia seakan satu fenomen di bandar TAIPING INI.

BANDAR TAIPING

Mee Rebus Adam Ismail ingin berkongsi cerita tentang Bandar Taiping. adakah Pelanggan-Pelangan Mee Rebus Adam Ismail apakah nama asal Bandar Taiping dan apakah maksud TAIPING itu sendiri.

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut

Untuk makluman lanjut, para pelanggan boleh klik disini BANDAR TAIPING