COBER PIC

COBER PIC

JUMLAH PENGUNJUNG MEE REBUS ADAM ISMAIL

Thursday, 9 January 2014

JUDI HUJAN DIBANDAR TAIPING

Suatu masa dulu ketika Mee Rebus Adam Ismail masih kanak-kanak. Mee Rebus selalu mengikut ibu dan abah mee rebus meniaga di gerai. nak tahu tak apa yang menarik di bandar Taiping suatu ketika dulu? rasanya fenomena ini sudah jarang dilihat di bandar taiping. kalau ada pun kebetulan sahaja.
Suatu ketika dulu di bandar Taiping ini amat terkenal dengan JUDI HUJAN. tahu tak macam mana judi hujan tu?
Oleh kerana Taiping memang terkenal dengan tempat tadahan hujan paling banyak maka kalau sehari tak hujan.tak sah..Mee rebus adam ismail sendiri pun akan gelisah jika cuaca di Taiping panas dan tidak hujan..rasa tidak betah.
Jadi apa kaitan hujan tu dengan judi?. Dulu jika kita lihat di tepi2 kedai disekitar bandar Taiping, kita akan dapat ramai orang terutamanya golongan cina yang bersantai di teoi2 pinggir kaki lima kedai sambil mendongak melihat langit. Itu lah..mereka sedang meneka adakah hujan akan turun pada masa itu. berbagai ganjaran sama ada wang atau benda yang dipertaruhkan.
Suasa nin lah menjadi satu kelainan dibandar Taiping. Walaupun ketika ini aktiviti ini sudah berkurangan..namun satu masa dahulu ia seakan satu fenomen di bandar TAIPING INI.

No comments:

Post a Comment